Teka-teki hubungan Shahir Zawawi dengan Erra Fazira yang masih samar ketika ini mungkin memberi makna lain selepas tersebarnya foto pemuda itu di internet bersama seorang wanita.Foto-foto dari Facebook individu itu menggambarkan kemesraan mereka apabila pasangan ini seolah-olah bersiar-siar bersama.
Lebih menguatkan lagi dakwaan, gambar profil di laman sosial juga diletakkan gambar bersama. Pastinya kalau kawan tidaklah sampai berbuat begitu bukan. Kalau dilihat sekali pandang, memang sepadan mereka berdua, malah wanita itu juga bukan calang-calang, khabarnya seorang pramugari Fireflyz.
"Saya tiada hubungan istimewa dengan wanita terbabit, saya mengenali dia sejak sebulan lalu dan mengaku dia sering memberi sokongan sepanjang program AF Megastar berlangsung.
"Tapi tidaklah sampai dia jadi kekasih atau ada hubungan lain," ujarnya kepada mStar Online, pada Selasa.
"Kami baru kenal dan kalau keluar beramai-ramai, tapi tidak tahu mengapa dia ambil gambar seolah-olah kami berdua sahaja.
"Tentang kapsyen love itu juga saya tidak tahu, kena tanya dialah mengapa tulis begitu pula," ujarnya.
Shahir berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan wanita berkenaan memuat naik gambar dan status yang boleh mencetuskan spekulasi.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon