Tiada ibu bapa sanggup mencederakan anak sendiri. Namun, tindakan seorang bapa sanggup mendera anak perempuannya sendiri akibat bendendam dengan bekas isteri ini memang tidak berperikemanusiaan.
Kanak-kanak berusia lapan tahun itu dicucuh api rokok di kaki dan beberapa bahagian badan, dipukul di kepala sehingga bengkak serta ditoreh dengan pisau di tangan kanan.
Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku di Kampung Terap, Bukit Marak, Kota Bharu itu menyebabkan mangsa trauma.
Ibu mangsa berusia 27 tahun hanya mengetahuinya selepas menerima pesanan Whatsapp yang dihantar oleh bekas adik iparnya.
Hanya dikenali sebagai Nurul, dia melihat gambar anak sulung dan anak keduanya berusia enam tahun menyorok di belakang almari kerana takut.
"Saya dapat mengambil anak dan mendapati dia cedera teruk di kaki, badan dan kepala akibat didera bekas suami."
Hasil siasatn mendapati, bekas suaminya yang berumur 31 tahun berdendam kerana wajah anaknya seiras dengan wajah bekas isterinya.
Mereka bercerai buat kali ketiga dan bekas suaminya mahu merujuk kembali tetapi Nurul tidak mahu kerana dia panas baran dan selalu memukulnya. Suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon