Kecanggihan zaman teknologi ini semakin bahaya kepada remaja yang sedang meningkat dewasa. Walaupun teknologi sepatutnya digunakan ke arah kebaikan, namun jika disalah guna ianya mampu merosakkan akhlak dan pemikiran remaja.
Menerusi satu perkongsian dari Durrotul Hikmah di Facebook, telah berkongsi perbualan mesej grup Whatsap di telefon anaknya yang hanya berusia 12 tahun.
Apa yang dijumpai olehnya sangat-sangat mengejutkan! "Bagi handphone pada anak tapi tak pantau kegiatan anak. Hari ini betapa malunya saya sebab terjadi di depan mata saya."
"Grup Whatsapp rakan sekolah bagi saya biasa, tapi apa yang luar biasa dalam grup tersebut bercakap semata-mata tentang seks"
Malah wanita itu tidak menyangka mesej grup yang rata-rata berusia 12 tahun itu berani menggunakan ayat lucah malah berbincang mengenai alat kemaluan siapa paling besar.
Paling menakutkan anak-anak ini cuma darjah enam tapi sudah pandai hal-hal begini. Bayangkan sikap dan perangai mereka apabila menempuh alam remaja kelak.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang dengan sikap anak-anak zaman sekarang. Malah berpendapat ibu bapa terlalu memanjakan anak punca perkara sebegini berlaku.
Ibu bapa, sayangilah anak-anak anda! Kawal dan pantau aktiviti anak-anak terutama ketika menggunakan Internet. Cegah sebelum menjadi barah!
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon