Pada zaman ini ramai lelaki yang 'gila' sehingga sanggup berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Baru-baru ini pelajar perempuan di sebuah kolej tempatan terkejut dengan tindakan menjijikkan seorang lelaki.
Pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) pada Isnin lalu dikejutkan dengan aksi lucah seorang lelaki berdekatan dengan asrama pelajar perempuan tersebut.
Salah seorang pelajar KUPTM melalui laman Twitter @swaggyseventeen berkongsi kisah tersebut dan menasihati para pelajar perempuan kolej terbabit agar lebih berhati-hati.
Menerusi gambar yang dikongsi lelaki tersebut tidak memakai seluar dan dipercayai melakukan aksi tidak senonoh sambil memandang penghuni asrama tersebut.
Tambah pelajar tersebut, ini bukan kali pertama lelaki itu melakukan perbuatan tersebut. Susulan kejadian itu, Jae telah pun membuat laporan kepada pihak KUPTM untuk tindakan selanjutnya.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon