Minggu, 03 Desember 2017


Bagi mat-mat moto terutama motor berkuasa tinggi sudah pasti penjagaan diutamakan. Ada juga yang mengubahsuai seperti yang diidamkan supaya lebih sedap mata memandang. 

Kalau dilihat modifikasi yang dilakukan sangat kreatif namun undang-undang di Malaysia tidak membenarkan pemilik motor mengubahsuai motor mengikut kehendak mereka. 

Baru-baru ini, viral di media sosial luahan seorang lelaki yang juga seorang 'mat moto' yang tidak berpuas  hati apabila pihak berkuasa menganggap mengubahsuai motor terutamanya ekzos merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan. 

"Jom debat sikit. Kepada PDRM dan JPJ, ekzos ni terbukti dah bunuh orang ke?" soal lelaki tersebut. Lelaki itu berkongsi abangnya baru-baru ini disaman oleh JPJ di Bukit Gambir kerana bunyi ekzos yang kuat. 

Namun apabila berlaku kemalangan, tiada tindakan lanjut dilakukan oleh pihak berkuasa. "Brader aku baru je kemalangan awal tahun ni. Kes langgar lari di flyover Greenlane. Kereta Alphard/Vellfire putih. Buta-buta je retak kaki dia. Apa PDRM dan JPJ buat? Kamera ada bila tanya katanya kamera tak jelas".


Tambahnya lagi, kalau kemalangan melibatkan VVIP pasti mereka menyiasat kes tersebut walaupun kamera di situ tidak jelas.

Abangnya juga dituduh sebagai mat rempit hanya kerana menguatkan bunyi ekzos. "Isu yang aku cakap ni pasal ekzos. Nak cakap semua yang tukar ekzos ni mat rempit dan samseng jalanan? Atau bunyi ekzos ni boleh buat motor hilang kestabilan sampai terguling-guling?"

Lelaki itu dilihat tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa dan beranggapan apabila menukar ekzos atau menguatkan bunyi antara punca kemalangan dan dengan senang mengeluarkan saman.

Alasan lelaki tersebut menukar ekzos supaya pengguna jalanraya lain sedar akan kehadiran motor supaya tidak terjadinya kemalangan. 

"Salah sebab undang-undang tak bagi ubah suai? Dulu JPJ tak bagi modified masuk disk belakang. Sekarang boleh pulak. Sebenarnya apa yang JPJ mahu? Ada kaji ke tidak sebelum keluarkan apa-apa undang-undang. 


"Negara kita boleh keluar ekzos racing sendiri. Boleh diimport dan dijual beli. Tapi bila guna, disaman pulak?" luah rasa kesal lelaki itu lagi.

Dia juga pernah naik ke mahkamah namun apa yang dikatakan oleh inspektor ketika itu cumalah "Yang Arif, walau apa juga alasan yang diberikan, tertuduh tetap bersalah kerana melanggar akta" 

"Kami nak disedari sepanjang waktu di atas jalanraya. Nam masuk simpang signal, tukar lane signal. Jangan dah belok baru signal. Tu saja" ujar lelaki berkenaan. Niatnya mungkin bukan untuk merempit tetapi untuk melindungi diri mereka sebaik yang boleh. 


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post