Hidup ini penuh dengan cabaran yang perlu ditempoh untuk kelangsungan hidup. Bagi yang kurang berkemampuan sudah pasti akan merasa perit untuk mencari sesuap nasi.
Baru-baru ini viral di media sosial apabila gambar seorang wanita dan cucunya sedang menolak troli berisi tin-tin kosong mencetuskan rasa simpati ramai netizen.
Gambar tersebut dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi di laman Twitter apabila dia terserempak dengan Norazian Yusof atau lebih dikenali dengan Tok Ummi di Medan Selera Semarak.
"Saya terserempak dengan makcik dan budak perempuan sedang tolak troli berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuannya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur.
"Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu dan kini menyara hidup dengan menjual tin-tin kosong" tulis Ariff di Twitter.
Tambah Ariff lagi, Tok Ummi menerima bantuan RM400 setiap bulan namun ianya tidak mencukupi sehingga Tok Ummi perlu mengutip tin-tin kosong untuk dijual demi menyara keluarga termasuk empat cucuna yang masih bersekolah.
"Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka," tulisnya.
Beberapa individu lain turut pernah terserempak Tok Ummi di kawasan tersebut namuntidak mengetahui kehidupannya yang memerlukan bantuan orang ramai.
Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.
Selepas tweet Ariff tersebar dan menjadi viral, bantuan yang diterima orang ramai berjumlah hampir RM2230. Ariff turut menyumbang beberapa barangan untuk kegunaan cucu Tok Ummi.
Selepas tweet Ariff tersebar dan menjadi viral, bantuan yang diterima orang ramai berjumlah hampir RM2230. Ariff turut menyumbang beberapa barangan untuk kegunaan cucu Tok Ummi.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon