Bila masuk bulan Disember, sudah pasti banyak pasangan akan melangsungkan perkahwinan mereka. Persiapan sudah semestinya ditempah lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah ketika di hari perkahwinan.
Namun bagi Dayangku Anne, impian memakai baju pengantin yang ditempah hancur berkecai selepas busana pengantin itu gagal disiapkan.
Video tersebut menjadi viral setelah beberapa pelanggan 'menyerang' butik pengantin tersebut kerana gagal menyiapkan tempahan walaupun duit sudah dibayar.
"Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story.
"Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke? Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam.
"Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), 'Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang'.
Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor bangla yang tak wujud.
"Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?"
Berdasarkan video yang dimuat naik, beberapa ahli keluarga cuba untuk menuntut baju yang ditempah namun gagal sedangkan majlis akan berlangsung pada hari yang sama.
Disebabkan itu, sedikit perbalahan berlaku antara pihak pengantin dan butik tersebut apabila salah seorang pekerja butik membaling satu objek kepada ahli keluarga pengantin. Malah, salah seorang lelaki berbaju merah bertindak seperti mahu menyerang ahli keluarga pengantin.
Pihak keluarga pengantin difahamkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan tribunal pengguna kerana telah memperdaya pelanggan mereka.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon