Kamis, 07 Desember 2017


Baru-baru ini viral di media sosial tiga video yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang remaja kerana didakwa mencuri wang milik datuknya. 

Menerusi video-video berkenaan, remaja tersebut dibiarkan tidak berbaju dan dipukul menggunakan getah paip serta diseksa sehingga malam sambil mangsa merayu dan menangis. 

Mangsa, M Arunasalam,16, dia dijumpai oleh orang awam di sebuah hentian bas di Ayer Keroh sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka. 

Malangnya, mangsa maut akibat kecederaan parah akibat dipukul dan diseksa. Memetik laporan Berita Harian, polis sudah mengenal pasti identiti tiga individu yang terlibat dalam kes tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata ketiga-tiga lelaki itu dikenali sebagai J Visvanathan, 32, K Shanmuganatan, 35, dan N Thiagu, 38.

Siasatan awal pihak polis mengenal pasti salah seorang suspek merupakan bapa saudara mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori. 

"Siasatan mendapati, kes yang berlaku di sebuah bengkel di Krubong itu dipercayai akibat perselisihan faham di antara suspek dengan mangsa.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek, namun kita minta mereka menyerah diri untuk membantu siasatan, katanya lagi.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post