Kamis, 07 Desember 2017


Buat pasangan Fattah Amin dan Fazura, soal cahaya mata diletakkan ke tepi dulu kerana ingin meluangkan masa bersama dulu. Bagaimanapun jika rezeki datang awal, Fazura sama sekali tidak menolak.

“Saya tahu jawapan yang saya berikan agak klise iaitu kami tidak menolak rezeki yang Allah tentukan. Cuma buat masa sekarang, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun biarlah kami habiskan masa bersama dulu”

Bercerita pula mengenai kehidupan berumah tangga, kemanisan saat-saat bersama suami terserlah hingga mahu ke tandas sekejap pun sudah rindu. Malah agak trending kenyataan itu dimainkan oleh peminat di laman sosial. Hebat penangan cinta Cinderella Fattzura!

“Sayalah wanita paling bahagia ketika ini. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami penyayang, memahami dan sangat ringan tulang membantu membuat kerja rumah. Saya rasa seronok sangat bangun pagi, menyediakan masakan dan menunggu suami pulang dari kerja,” katanya kepada Utusan Online.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post