Kamis, 07 Desember 2017


Bagi segelintir orang, untuk mendapatkan sesuatu harta  mungkin terpaksa bekerja keras untuk memilikinya. Dan ini mungkin menyebabkan segelintir orang menghargai harta yang dimilikinya. 

Dalam satu kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Sulaiman Muar, seorang lelaki telah dilibar dan ditetak beberapa lelaki oleh penjenayah yang menyamun motosikalnya.

Memetik laporan Harian Metro,mangsa Ainul Muqaffa yang bertugas sebagai juruwang bersama seorang pengawal keselamatan ketika itu didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal.

Kedua lelaki tersebut melulu ke arah pengawal keselamatan dan mengacu parang. "Bagaimanapun, pakcik berusia 50-an itu tidak melawan dan dia tidak diapa-apakan. Mereka memberi amaran agar tidak bertindak yang bukan-bukan."


"Saya sempat menekan butang kecemasan apabila seorang penjenayah melulu masuk ke pintu kedai dan menerpa saya yang bertugas di kaunter," katanya. 

Mangsa cuba melawan penjenayah dengan membaling objek yang dapat dicapai oleh tangannya namun dilibas dan ditetak dengan parang. 

"Salah seorang penjenayah cuba menghidupkan motosikal Yamaha 125 ZR milik saya menggunakan 'master key'. Saya cuba menghalangnya tetapi diserang dengan parang berkali-kali. 

Ainul yang ditetak menyebabkan diacedera dan terpaksa menerima lima jahitan di bahu dan tiga jahitan di tangan kiri. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharuddin  Rassip mengesahkan suspek yang sama telah melakukan rompakan di sebuah hotel di Muar selepas kejadian yang menimpa Ainul.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post