Selasa, 12 Desember 2017


Bermula dengan membalas komen dari salah seorang rakyat Malaysia di Twitter David Archuleta yang meniru gaya peminatnya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Danny terus menjadi viral!

Danny yang berasal dari California menarik perhatian netizen dari Malaysia apabila meniru ayat salah seorang netizen yang berinteraksi dengannya dan mengajar ayat 'gerak lu pape roger'. 

Ternyata ramai pengguna Twitter yang teruja dan dengan keramahan Danny yang mungkin tidak pernah tahu tentang kewujudan negara Malaysia.

Banyak perkataan yang diajar oleh netizen di Twitter sehingga Danny membuat video yang menunjukkan dia berinteraksi dengan kawan-kawannya menggunakan ayat-ayat yang diajar. 



Walaupun gaya dan sebutannya agak pelat, namun video tersebut berjaya mendapat sehingga 39 ribu 'retweet' setakat ini.

Rakyat Malaysia teruja sehingga ada yang meminta syarikat penerbangan memberi tiket penerbangan percuma kepada Danny! Sampai begitu sekali penangan Mat Saleh cakap Melayu. 

Dalam masa yang sama Danny turut menyatakan hasratnya untuk ke Malaysia bersama rakannya tak lama lagi.

Macam biasa lumrah media sosial ada netizen yang menyokong 'mat saleh' yang boleh bercakap Bahasa Melayu dan ada juga yang menghentam.

Kata mereka, Rakyat Malaysia memang suka mengagung-agungkan perkara remeh sebegini.



This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post