Senin, 18 Desember 2017

Isu perdebatan antara Dira Abu Zahar dan Fathia Latiff nampaknya masih hangat diperkatakan! Terbaru, pelakon yang sudah lama menyepi dan pernah menggemparkan industri kerana kontroversi nya, Zarina An-Joulie kini tampil memberi kenyataannya berkenaan cara Dira yang memerli Fathia dalam persidangan UMNO baru.

Menerusi akaun Instagram milik Zarina,dia ada memuat naik video yang berdurasi satu minit bersuara tidak bersetuju dengan kenyataan Dira yang memalukan Fathia.Dira juga seolah-olah sengaja mencari publisiti dan meraih perhatian dalam persidang itu.

Ternyata ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zarina dan berpendapat Dira seharusnya mencari jalan untuk membantu rakyat dan tidak menyindir orang lain.




Malahan,Zarina juga menambahkan dalam video kedua,dia bukan bermaksud untuk membenci atau ada masalah dengan Dira.Tetapi dia berkata dia hanya tidak suka wanita cuba menjatuhkan maruah wanita lain terutama kawannya.



This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post