Senin, 08 Januari 2018


Wah! Pasti semua peminat Fattzura tidak sabar apabila mendengar berita ini. Dengan khabar bulan madu pasangan bahagia Fazura dan Fattah Amin telah membuahkan hasil. Apakah hasilnya? 

Apa lagi kalau bukan benih-benih cinta. Berita gembira ini telah dikongsikan di laman Instagram milik rakan baik Fazura. Video berdurasi  16 saat itu telah dikongsikan ramai peminat pasangan itu.

Di dalam video tersebut dilihat Fazura gembira menikmati hidangan sambil diusik rakannya kerana makan terlalu banyak. 

Fazura sambil berseloroh menyatakan mungkin dia sedang mengidam kerana itu makan tanpa henti.

Rakan-rakannya yang turut sama berada di situ berasa terkejut dan gembira dengan kenyataan dari mulut Fazura itu sendiri. Peminat pula sejak dari itu sering memuat naik video kanak-kanak dan video memperlihatkan aksi Fattah Amin dan Fazura melayan keletah kanak-kanak. 


Nampaknya bukan sahaja peminat tertunggu-tunggu berita baik tersebut, rakan rapat pun tidak sabar melihat pasanagan itu mendapat cahaya mata. 

Terdahulu, Fazura telah menyatakan dia belum merancang ke arah untuk memiliki anak dalam masa terdekat, hanya Fattah yang tidak sabar dan mahu anak dengan segera. 

Namun begitu, siapalah mereka untuk menidakkan rezeki. Kalau sudah menjadi pasti peminat seluruh negara dan dari negara-negara jiran gembira tidak terkata. Tidak sabar menunggu Fattzura junior kata mereka. 

Walau apapun semoga usikan peminat dan rakan Fattzura menjadi doa dan hasrat untuk melihat kehadiran pelengkap kepada sebuah perkahwinan itu menjadi kenyataan tidak lama lagi.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post