Jumat, 05 Januari 2018


Berita harga barang naik mendadak kerana keadaan kos sara hidup tinggi. Namun siapa sahaja pasti akan terkejut dicaj ratusan ringgit hanya untuk barang yang sepatutnya beberapa ringgit. 

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nik Yam Chik Zainab berkongsi kisahnya membeli barangan dapur di sebuah pasar di Tanjung Malim.

Nik memuat naik satu status di laman Facebook yang menceritakan pengalaman dikenakan bayaran yang tidak masuk akal. 

Nik memberitahu dia terkejut ketika memeriksa resit pembelian kerana harga ikan bilis yang dikenakan caj ratusan ringgit. 

"Ikan bilis yang sepatutnya RM2.24 tiba-tiba berubah jadi RM348" katanya lagi. 


Nik yang merupakan seorang pelajar baru saja selesai menduduki peperiksaan. Dia menjangkakan hanya berbelanja sebanyak RM200 namun terkejut apabila harga barangan sebanyak RM586.75 sewaktu di kaunter pembayaran. 

Dia tetap membayar jumlah tersebut namun dia merasa pelik dengan jumlah pembelian tersebut. Dia kemudian memeriksa kembali resit yang diperolehi dari pasaraya terbabit. 


Setelah diperiksa, Nik mendapati ikan bilis yang dilabel dengan nama Silverside CTN dengan berharga RM348. Nik kembali ke pasar tersebut dan menjelaskan apa yang berlaku kepada juruwang berkenaan. 

Setelah menerangkan keadaan, Nik bernasib baik kerana wangnya dikembalikan semula. Dia juga berpesan kepada orang rramai untuk berhati-hati sewaktu membeli barangan dan jangan lupa untuk menyemak resit pembelian. 

"Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu, total barang tu betul ke tidak" tambahnya lagi.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post