Selasa, 09 Januari 2018


Sekarang ini sudah menjadi trend anak-anak muda yang masih belajar di sekolah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

Ini mungkin satu perkara yang baik kerana minat sudah dipupuk sejak kecil lagi. Ada juga usahawan dan jutawan muda yang membuatkan ramai anak muda kini berkobar-kobar mencontohi seperti Dato' Aliff Syukri, DSV, King Afiqq dan ramai lagi. 




Baru-baru ini viral di Twitter seorang budak kecil yang masih bersekolah namun sudah mempunyai perniagaan sendiri. Usahawan cilik itu ialah Iman Safiyah. Dia menjadikan tudung sekolah sebagai sumber pendapatannya. 

Nama Iman mula menjadi viral apabila seorang netizen memuat naik foto akaun Instagram milik Iman di Twitter. Rata-rata netizen memuji usaha Iman untuk mencari duit kepada usia awal remaja. 


Jika lihat timeline di akaun Instagram Iman, dia juga merupakan rakan baik kepada pelakon comel Miasara. Semoga Iman terus sukses dalam pelajaran yang juga bidang perniagaan yang diceburinya. 

A post shared by • OFFICIAL • (@imxn.safiyah) on

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post