Kamis, 11 Januari 2018


Semenjak tersebarnya berita penahanan pelakon popular, Farid Kamil semalam pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang mengkritik tidak kurang juga yang menyokong dan yakin pelakon berkenaan tidak bersalah. Isterinya Diana Danielle setakat ini masih berdiam diri namun ruangan komen instagramnya telah ditutup.

Rakan artis, pelakon Sharnaaz Ahmad di twitter memberikan kata sokongan buat Farid Kamil. Malah, dia juga ada meninggalkan pesanan ini.

Di Twitter, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan sesiapa yang telah membocor dan menyebarkan gambar Farid Kamil. Sharnaaz menulis lagi, bagaimanakah dengan maruah keluarga Farid Kamil? Hari ini anda mungkin bahagia, tetapi bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menguji.

Namun,di ruang Komen, ramai yang menyokong kenyataan Sharnaaz tersebut.Ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Diana Danielle dan anak,pasti sekarang ini Diana sangat tertekan dan sedih.



Sumber ; Sharnaaz Ahmad.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post