Pasti ada sahaja respon yang ingin mereka berikan sama ada baik mahu pun buruk. Namun, dalam hal seperti ini artis sepatutnya tidak cepat melatah kerana kelak akan memberikan imej yang kurang baik kepada diri mereka.
Sebagai seorang artis, kehidupan mereka sering kali menjadi tumpuan para netizen lebih-lebih lagi tentang apa yang mereka lakukan di media sosial.
Namun, teguran tersebut bertukar menjadi perbalahan apabila Zara dilihat membalas semula respon netizen tersebut bagi mempertahankan dirinya.
Apa yang berlaku kepada pelakon jelita, Zara Zya apabila dia ditegur segelintir netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian kurang sopan di Instagramnya.
Gambar yang dimuat naik oleh Zara ini telah dihujani dengan komen-komen negatif para netizen. Mereka beranggapan baju yang dipakai Zara itu agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya itu.
Apa-apa pun, diharap agar Zara dapat menerima dan menganggap teguran ini sesuatu yang positif bagi dirinya . Peminat menegur Zara mungkin disebabkan atas dasar perihatin dan sayang mereka kepada Zara. Diharap Zara akan lebih rasional dalam menangani isu ini pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Zara Zya
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon