Selasa, 17 Oktober 2017


Zaman sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga adalah sangat mudah. Hanya dengan menggunakan keganasan termasuklah membunuh pasangan demi melepaskan nafsu marah yang tidak terhingga. 

Memetik laporan The Star, seorang pegawai tentera Thailand telah menembak mati isterinya selepas pasangan tersebut bertengkar kerana tindakan lelaki itu bermain kayu tiga di belakang isterinya. 

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pasaraya di Udon Thani apabila Sarjan Mejar Kelas Pertama, Pichet Chumboonchoo ditemui terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di dada manakala isterinya, Sirinporn Chumboonchoo ditemui 5 meter darinya dengan keadaan berlumuran darah akibat ditembak di bahagain belakang tubuh sebanyak tiga kali. 

Menurut pihak berkuasa, pergaduhan mereka tercetus apabila Sirinporn menuduh suaminya curang bersama wanita lain. Kecewa dengan tindakan suaminya itu, dia meninggalkan suaminya dan pulang ke rumah keluarganya di Udon Thani. 

Pichet kemudian mencari isterinya di kampung halaman dan ingin memohon maaf namun isterinya itu menolak permohonan maaf dan mahukan penceraian. 

Bengan dengan permintaan isterinya itu, Pichet mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak isterinya, anak saudara isteri dan seorang pembantu kedai di buku lali. 

Menurut saksi kejadian, Pichet tidak sengaja menembak dadanya setelah menghadapi masalah dengan pistol miliknya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post