Selalunya, jika pengguna jalanraya terdengar bunyi siren anggota kecemasan pastinya kita akan cuba untuk memberi laluan. Namun ada beberapa kes dimana ambulans terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Timbul tanda tanya sekiranya ambulans melanggar dari belakang bolehkan anda menuntut bayaran insurans dari kenderaan ambulan tersebut.
Ini yang terjadi kepada seorang pemilik kenderaan Perodua Myvi yang telah dilanggar oleh sebuah ambulans dengan agak teruk. Cermin belakang kenderaannya itu remuk dan bumper kereta tersebut menjadi kemik.
Pemilik kereta Myvi itu kemudian meluahkan masalahnya di media sosial untuk mendapat pandangan netizen.
"Ketika lampu isyarat berubah menjadi merah, saya memberhentikan kenderaan. Ketika baru sahaja berhenti, saya merasakan satu hentakan kuat dari arah belakang kereta."
"Ketika itu barulah saya sedar sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya."
Pemandu ambulans tadi datang kepada gadis yang membawa kereta Myvi tersebut dan menjelaskan apa yang berlaku.
"Pemandu tersebut memberitahu ianya sangat mustahil untuk saya menuntut insurans atas apa yang berlaku. Mereka kata mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan mengambil pesakit."
"Mereka melanggar kenderaan saya dengan alasan saya telah menghalang laluan mereka untuk ke destinasi pesakit."
"Saya tak faham kenapa mereka beritahu perkara sebegini, tapi saya tahu ianya bukan salah saya. Lampu isyarat telah berubah merah dan saya patut berhenti."
"Ambulans itu telah melanggar saya dengan sangat laju sehingga menolak kereta saya ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal sudah tentu saya sudah mati sekarang."
Status wanita itu telah menjadi viral di media sosial dan ini komen dari Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.
"Kebanyakkan pengguna jalanraya fikir jika mereka dilanggar oleh ambuans automatiknya menjadi kesalahan mereka dan tidak boleh menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali"
"Selepas kemalangan berlaku, pengguna jalanraya masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan".
Tambahnya lagi, ambulans yang bertugas sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu isyarat. Pemandu ambulans juga boleh dipersalahkan jika berlakunya kemalangan.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon