Bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak pasti akan merasa perbelanjaan rumah akan meningkat dengan kos sara hidup yang meningkat.
Ini membuatkan segelintir suami mengehadkan perbelanjaan terutama untuk anak-anak yang tidak penting.
Namun bagi seorang isteri ini amat kecewa dengan sikap kedekut suami yang berkira dengan anak sendiri. Wanita itu kemudian bertindak menconteng kereta lelaki tersebut.
Wanita itu berkongsi kisahnya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga telah menerima pelbagai reaksi netizen.
"Assalamualaikum admin. Boleh tolong kongsi tak cerita ni? Saya geram dengan suami saya, perangai macam budak-budak.
"Saya nak beli barang anak, dia cakap saya membazir. Dahlah duit dekat bini pun tak kasi. Dia habiskan duit dekat kereta dia, tak membazir pula?
"Saya terlalu geram dengan dia, itu yang bercorak kereta dia. Ingatkan nak saja simbah cat dekat kereta dia. Biar padan muka dia,"
Namun tindakan wanita itu membuatkan netizen bimbang sekiranya suami wanita itu bertindak di luar batas seperti memukulnya.
Walau apa pun janganlah bertindak melampaui batas sedangkan masalah tersebut hanyalah perkara yang remeh diperbesarkan.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon