Senin, 27 November 2017


Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh netizen berhubung video Nabila Razali tempoh hari,Penyanyi ini muncul untuk memberi penjelasan.Menurut Nabila video sedih terbabit bukan ditujukan kepada pelakon Aedy Ashraf sebaliknya sekadar luahan perasaan sahaja.

"Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram.

"Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun."katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabila menerusi di dalam video itu "Lelaki ini memang tak pernah cukup kan?,tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni.Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?"

Video tersebut di muat naik selepas beberapa jam Aedy berkongsi gambar mesra dengan seorang wanita.Nabila juga menjelaskan yang setakat ini hubungannya dengan Aedy adalah sekadar berkawan dan sekadar rapat sebagai rakan artis.

"Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan.Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

"Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,"tambahnya.


 Sumber : Harian Metro.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post