Pelakon Rozita Che Wan menasihati Fazura agar perlu reda banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.Pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami Zain Saidin.
"Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.
"Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain," ujarnya kepada mStar Online.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta diminta pendapat mengenai hubungan antara Fazura dan Fattah Amin yang dilaporkan telah bernikah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel lima bintang pada Isnin.
"Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.
"Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti," ujarnya.
Bagaimanapun, Rozita berkata, melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon