Senin, 27 November 2017


Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan pasti akan memikirkan kos perbelanjaan yang besar untuk mengadakan majlis kenduri serta hantaran pernikahan yang makin mahal. 

Namun kini sudah ada trend baru bagi anak muda untuk berkahwin dengan kos yang sangat minima. Memetik laporan Mstar, viral di media sosial pasangan dari Malaysia yang bernikah di Pusat Buku Islam di Seoul, Korea Selatan. 

Pasangan tersebut hanya memakai baju sejuk, hantaran sebentuk cincin dan wang mahar bernilai RM756. Walaupun video tersebut sudah dipadam namun ianya turut mendapat perhatian ramai netizen. 

Saksi pernikahan tersebut, Mohd Zulhilmi berkata pernikahan secara ringkas di negara itu bukan hal yang baru malam ramai pasangan Muslim dari pelbagai negara turut memilih untuk bernikah di sana kerana kosnya yang percuma. 


Pasangan juga tidak perlu mengenakan sebarang pakaian istimewa cukup hanya memakai pakaian biasa seperti kot sejuk untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Pasangan dalam video perkahwinan 'empat minit' itu Abdul Fakkar Maudidi Safi dan pasangannya Khadijah Salamah Ibrahim dinikahkan oleh kadi Sheikh Muneer Ahmad yang berasal dari Kashmir, India. 

Proses pernikahan juga berlangsung seperti kebiasaan dengan kadi menghubungi wali pengantin wanita terlebih dahulu dan meminta kebenaran sebelum menikahkan pasangan tersebut. 

Kadi juga harus bertanggungjawab memastikan pengantin lelaki berkemampuan dari segi kewangan dengan menyediakan cincin serta mahar untuk pengantin wanita. 

Zulhilmi yang telah menetap di Korea Selatan telah 11 kali menjadi saksi kepada mereka yang ingin mengikat ikatan yang sah. 

Beliau juga turut menasihati pasangan yang bernikah di Korea Selatan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sebaik tiba di tanah air. - 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post