Kamis, 23 November 2017


Pada semalam berlangsungnya sidang media Fattah Amin dan Fazura.Pasangan popular ini juga menafikan mereka sudah bernikah seprti didakwa oleh sesetengah pihak di laman sosial.

"Keluarga saya menghantar rombongan merisik dan bertunang pada 13 November 2017.

"Alhamdulillah, perancangan majlis itu selamat dijalankan. Pengumuman memang ingin dilakukan selepas kami pulang dari Umrah. Majlis tersebut dijalankan secara tertutup atas permintaan keluarga.

"Semasa kami sedang beribadah di Tanah Suci Mekah, pelbagai spekulasi yang keluar. Semuanya bukan dari mulut kami. 

"Ingin saya tegaskan, kami tidak bernikah di Mekah. Kami belum bernikah sebenarnya. Kami mahu menjalani proses dan persiapan pernikahan seperti orang biasa," kata Fattah.

Pada 15 November lalu Fattah dan Fazura bersama keluarga masing-masing berlepas ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.Pasangan ini juga menamatkan spekulasi tersebut menerusi sebuah sidang media yang berlangsung di Hotel Royale Chulan,Kuala lumpur.

Malahan ada desas-desus menyatakan pasangan itu sudah selamat bernikah dua hari sebelum itu.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post