Kamis, 23 November 2017


Viral beberapa hari yan lepas seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila dikenakan caj RM600 untuk empat hidangan kari kepala ikan di sebuah restoran mamak terkenal di ibu kota. 

Susulan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) telah menjalankan siasatan dakwaan lelaki tersebut. 

Selepas siasatan dijalankan oleh pegawai dari Unit Anti Percatutan Bahagian Penguatkuasa mendapati semangkuk kari kepala ikan di restoran tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz X, M, L dan XL.

Pihak restoran juga meletakkan tanda harga untuk setiap makanan dan minuman dijual termasuk kari kepala ikan. Namun begitu, pihak restoran tidak menjelaskan harga adalah mengikut saiz kepala ikan atau gambar yang menjelaskan perbezaan harga saiz kepala ikan itu.


"Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian," katanya. 

Namun begitu, Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahyuddin berkata agak kesal tindakan pelanggan itu yang menyebarkan resit bayaran tanpa memberitahu butiran lengkap sehingga mengelirukan orang ramai. 

Katanya lagi, pelanggan hanya memuat naik gambar resit  untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. 

"Ia seolah olah hidangan untuk seorang sahaja, tapi ianya hidangan untuk 17 orang" katanya lagi. Roslan turut menasihatkan orang ramai supaya bertanya dulu harga makanan sebelum mengambil makanan untuk mengelakkan masalah yang sama berulang. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post