Rabu, 29 November 2017


Seorang wanita 'naik hantu' selepas menyangka anak perempuannya menjalin hubungan sulit dengan adik iparnya.

Memetik Harian Metro, wanita berkenaan mengejar anaknya yang berusia 37 tahun itu dengan sebilah pisau dalam kejadian jam 5 petang kelmarin.

Selain itu, mangsa yang juga seorang guru tuisyen turut dihalau dari rumah kerana dituduh membawa sial kepada keluarga.

Mangsa bagaimanapun, mendakwa dia kerap menerima gangguan seksual daripada adik iparnya.

“Lebih memburukkan keadaan apabila adik mangsa menjadi ‘batu api’ dengan mendakwa mangsa mengganggu suaminya.

“Berikutan itu, ibu mangsa yang percaya tuduhan berkenaan terus memukul mangsa tanpa bertanya terlebih dahulu perkara sebenar,” kata sumber polis.

Bagaikan hilang akal, ibu mangsa mencapai pisau di dapur sebelum mengejar mangsa yang kemudiannya berlari keluar dari kediaman itu untuk menyelamatkan diri.

“Berikutan kejadian itu, mangsa yang ketakutan bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai mencabul mangsa. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post