Rabu, 29 November 2017


Sejak kebelakangan ini, jenayah dilihat semakin menjadi-jadi dan setiap hari pasti kita semua akan terbaca kisah diragut di media sosial mahupun di dada akhbar.

Penjenayah juga tidak mengira mangsanya sama ada tua mahupun yang muda. Pada Isnin lalu, tiga orang warga emas telah dirompak dan dipukul dengan ganas ketika sedang melakukan senaman pagi di Taman Tambun Indah Pulau Pinang. 

Memetik satu laporan dari World of Buzz, warga emas yang berumur antara 66 dan 78 tahun diperlakukan tanpa belas kasihan oleh penjenayah tersebut. 

Ketika kejadian berlaku, ketiga-tiga mangsa sedang berjalan di kawasan perumahan sebelum di datangi sebuah kereta Proton Wira. Dua lelaki kemudian keluar dari kereta berkenaan dan seorang lelaki menunggu di dalam. 


Apa yang berlaku seterusnya amat menyedihkan. Mangsa yang berasakan sesuatu yang tidak kena cuba melarikan diri namun atas faktor usia, mereka terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian lutut.

Salah seorang dari warga emas itu cuba bangun namun ditolak kasar oleh perompak tersebut. Mangsa cuba bergelut dengan dua perompak tersebut tetapi amat menyedihkan apabila kedua perompak itu memukulnya menggunakan kayu. 



Mangsa menyangkakan perompak itu ingin menculiknya dan  disebabkan itu dia bergelut dengan perompak-perompak tersebut. 

Akibat dari pergelutan tersebut, mangsa cedera dan lebam di bahagian muka, tapak tangan, lutut serta mata kanannya. Mangsa juga tidak mampu untuk mengangkat tangan ataupun menaiki tangga. 


Walaupun mangsa telah melakukan rutin berjalan kaki setiap pagi sejak lima tahun lalu, ini adalah kali pertama mereka diserang.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post