Kamis, 23 November 2017


Pelik-pelik betul orang zaman sekarang ni. Walaupun sudah terang-terang bersalah tapi tidak mahu mengaku. Viral di media sosial tindakan seorang pemandu mendakwa keretanya dilanggar dari belakang. 

Kejadian yang berlaku di Singapura itu berlaku di satu persimpangan lampu isyarat sekitar 7.30 petang Selasa lalu. 

Lelaki tersebut memandu kereta Hyundai dan berhenti di satu persimpangan lampu isyarat. Lelaki itu kemudian melepaskan brek dan tidak menyedari keretanya itu mengundur ke belakang. 


Pemandu lelaki itu kemudian keluar dari kereta dan memeriksa keadaan keretanya dan mendakwa kereta di belakangnya yang melanggar keretanya. 

Pemandu yang dilanggar oleh kereta lelaki itu juga turut keluar dan keadaan menjadi sedikit tegang apabila rakan lelaki itu turut masuk campur dengan merakam gambar kereta mangsa untuk dijadikan bukti kejadian. 


Namun, semuanya insiden itu berjaya dirakam dengan jelas dan terang oleh 'dashcam' kereta mangsa. Malah mangsa turut menjelaskan kejadian itu dirakam oleh dashcam tetapi pasangan itu tetap berdegil dan mahu menuntut ganti rugi dari mangsa. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post