Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan Festival Konvokesyen ASWARA ke-13 pada 25 dan 26 November 2017 ini dari 8 pagi hingga 7 petang.
Dikenali sebagai 'FESKO ASWARA' diadakan untuk meraikan para graduan ASWARA dalam satu majlis konvo pada 27 November 2017.
Sebagai sebuah akademi seni budaya sudah tentu festival ini bakal dikunjungi oleh anak muda yang mahukan sesuatu kreatif dan unik.
KS berikan 4 sebab kenapa FESKO ASWARA ini festival yang paling gempak wajib anda semua kena datang.
1. Lahirkan Nama Besar Dalam Industri Seni Tempatan
ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni kreatif telah pun menghasilkan bakat-bakat seni tempatan yang besar.
Kalau nak tahu, nama seperti Amyra Rosli, Nad Zainal, Zul Huzaimy, Nam Ron, Sherry Alhadad, Floor 88 dan ramai lagi artis merupakan graduan dari ASWARA. Hebat bukan?
2. Pelbagai Aktiviti Seni Ada
Banyak aktiviti disediakan untuk pengunjung FESKO ASWARA ni. Sudah pasti aktiviti seni dan budaya seperti dikir barat, main zapin dan teater pendek bakal memeriahkan FESKO ASWARA ni.
Bagi yang suka layan buskers pula ada pertandingan pemuzik jalanan. Mana tahu ada buskers kesukaan anda join sekali kan?
3. Berhibur Sambil Kenal Budaya
Selain program dan aktiviti kesenian yang diadakan. Pengunjung FESKO ASWARA akan didedahkan dengan pelbagai info dan ilmu berkaitan dengan seni budaya tanah air.
4. Ada Gerai Jualan Dan Food Truck
Bila dah penat join aktiviti seni boleh je singgah dekat gerai jualan atau Food Truck untuk mereka yang lapar dan nak menjamu mata.
Jom ramai-ramai gegarkan FESKO ASWARA pada 25 - 26 November 2017. Masuk pun dah percuma. Nak tunggu apa lagi kan? Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi Facebook ASWARA. https://www.facebook.com/aswara.edu/ #aswara
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon