Senin, 27 November 2017


Sejak Elyana mendedahkan bahawa dia menghidapi penyakit kanser limfoma tahap 4 ramai rakan-rakan artis serta peminatnya memberi kata-kata semangat kepada penyanyi itu. 

Namun, amat mengecewakan apabila terdapat segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab. Malah melemparkan kata-kata buruk serta mengaibkan penyanyi tersebut dengan kata-kata yang cukup pedih dan memalukan. 

Menerusi satu portal hiburan, segelintir netizen langsung tidak sensitif dengan isu yang dihadapi malah ada juga yang sanggup mempersenda fizikal Elyana. 


Mungkin cara mereka mahu menegur tapi disaat begini apa yang Elyana perlukan ialah kata-kata semangat dan positif dari orang sekeliling dan bukannya dikecam. 

Ada 'teguran' yang dilemparkan itu sebenarnya lebih kepada cemuhan. Namun begitu, memetik kata-kata Elyana dia tidak melayan atau membaca komen yang negatif. 

Diharapkan Elyana dapat mengabaikan tohmahan yang dilemparkan oleh netizen dan terus kuat untuk melawan penyakit ini. Kami doakan yang terbaik untuk Elyana. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post