Senin, 11 Desember 2017


Ini mungkin salah satu video yang paling tragis dan meruntun hati yang anda lihat. Sebuah video dari Paul Nicklen seorang jurugambar untuk National Geographic memaparkan seekor beruang kutub yang kelaparan, kemungkinan mempunyai hanya beberapa jam untuk mati sedang mencari makanan tetapi gagal. 

Video berdurasi seminit itu menjadi viral di media sosial menunjukkan betapa kesan perubahan cuaca dan pemanasan global memberi kesan kepada planet bumi terutamanya kepada beruang kutub. 

Memetik laporan National Geographic, mereka mengesan beruang kutub yang kelaparan ini di Pulau Baffin dan ianya amat meruntun jiwa. 

Ketika merakam video tersebut Nicklen berkata "Kami hanya mampu berdiri dan menangis, merakam video ketika air mata kami mengalir". 

Dalam video berkenaan, beruang kutub itu menghadapi kesukaran untuk berjalan kerana kaki belakangnya sudah lemah. Bulu beruang kutub yang putih itu juga kelihatan kusam dan hanya tinggal tulang. 

Beruang kutub tersebut yang dulunya seekor binatang pemangsa yang ganas kini hanya mampu mencari makanan di dalam tong sampah yang ditinggalkan oleh penduduk asli dari kaum Inuit. 


Namun, usaha beruang tersebut gagal kerana makanan yang dijumpai tidak cukup untuk beruang yang hampir mati tersebut. Beruang itu kemudian tersungkur di atas tanah, hanya mampu menunggu mati akibat kesan dari pemanasan global. 

Nicklen menjelaskan dia ada terfikir untuk menyelamatkan beruang tersebut tetapi dia tidak mempunyai ubat penenang ataupun daging anjing laut untuk diberikan. 

Tambahnya lagi, ianya menjadi satu kesalahan jika memberi makanan kepada beruang kutub liar di Kanada. Nicklen membuat keputusan untuk meneruskan rakaman kerana dia tidak mahu beruang kutub itu mati sia-sia. 



"Saintis kata beruang kutub hampir pupus, saya mahu orang di luar sana tengok apa sebenarnya yang terjadi.  Beruang kutub akan mati kelaparan" katanya lagi. 

Pemanasan global menyebabkan ais di laut cair dan beruang kutub semakin sukar untuk mencari makanan utama mereka iaitu anjing laut. Malah ianya bertambah serius apabila beruang kutub hampir pupus dan banyak lagi haiwan yang lain. Tonton video yang menyayat hati ini dibawah. 


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post