Senin, 11 Desember 2017


Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan kisah dua ekor anjing diseksa dengan kejam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Namun, kali ini berbeza pula kisahnya apabila seorang lelaki Islam dari Seremban gigih berbakti kepada anjing terbiar. 

Pak Hassan, 70 lebih mementingkan perasaan belas kasihan sesama makhluk tuhan dari mengambil peduli tanggapan negatif sesetengah masyarakat. 

Memetik laporan World of Buzz, lelaki warga emas itu telah menyelamatkan beberapa ekor anjing terbiar daripada dianiayai oleh penduduk setempat. 


Malah Pak Hassan juga berniat untuk membina sebuah tempat perlindungan untuk anjing-anjing liar yang diselamatkannya. Pak Hassan bertekad selagi masih sihat beliau akan berusaha sedaya upaya membantu haiwan terbiar. 

Pak Hassan turut menerima sokongan penuh isteri serta anak-anak mereka malah mereka turut membantu menguruskan dan menjaga anjing terbiar yang diselamatkan oleh Pak Hassan.

"Dari kecil lagi saya dah ajar anak-anak yang hidup ini berharga dan mesti dihormati tak kira apa jenis haiwan sekalipun." 

Sebenarnya, Pak Hassan bukanlah seorang pencinta anjing namun satu kejadian tiga tahun lalu menyebabkan dia bertindak menyelamatkan anjing liar setelah menyaksikan beberapa penduduk kawasan kejirannya melastik haiwan tersebut tanpa sebarang sebab. 


"Saya cuba hentikan tindakan mereka tapi tak berjaya. Ketika itulah saya bertekad mahu memberikan tempat teduh kepada anjing-anjing liar. Banyak kali saya tengok anjing-anjing ini dibaling dengan batu sampai kepala berdarah dan patah kaki." kata Pak Hassan. 

Pada mulanya, Pak Hassan cuma memberikan makanan kepada anjing terbiar di luar kawasan rumah namun jiran sekeliling memandang serong dan membuat aduan tentang tindakannya. 

Ini menyebabkan Pak Hassan memutuskan untuk menjaga anjing-anjing liar tersebut di dalam kawasan rumahnya pula. 

Bermula dengan anjing pertama diselamatkan bernama Cindy yang patah kaki, Pak Hassan kini telah menyelamatkan hampir 20 ekor anjing liar. 


"Jiran-jiran tak benarkan saya pegang atau selamatkan mereka. Mereka kata ini bertentangan dengan agama saya. Tapi anjing pun ciptaan Allah."

Setelah menerima aduan yang tidak putus oleh penduduk setempat, Pak Hassan terpaksa memindahkan anjing liar tersebut ke kawasan lain. Malah Pak Hassan sanggup menggunakan hampir kesemua wang simpanan pencennya untuk menyediakan tempat perlindungan kepada anjing yang diselamatkan.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post