Rabu, 13 Desember 2017

Gara-gara membiarkan dan merakam video anak bermain di tepi pokok krismas,Aeril Zafrel menerima pelbagai kecaman dari netizen.Walaupun tiada apa-apa Aeril menyambut perayaan Natal dan kami yakin pokok itu bukanlah berada di rumahnya.

Namun,ramai netizen yang telah salah anggap dengan video tersebut.Melalui akaun Instagramnya,Aeril memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkongsiannya ini.

Malahan Aeril sempat menjelaskan pokok itu sebenarnya bukanlah miliknya apatah lagi berada di dalam rumahnya.Tidak mahu disalah ertikan.Aeril berkata sebenarnya pokok itu sebenarnya milik sebuah hotel yang didudukinya sekeluarga.

Bagaimanapun,Aeril tidak sangka pula tindakan berkongsi gambar di sebelah pokok krismas boleh dikatakan terpesong dari agama dan sebagainya.Aeril turut sempat berkongsi beberapa gambar bukti komen dari netizen yang menuduhnya dengan tuduhan yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

Malahan yang menjadi lebih teruk ada juga yang memerlinya tentang akidah anak yang tidak terjaga.Aeril sebenranya langsung tidak bermaksud untuk menunjukan apa-apa maksud tentang perayaan tersebut.



Sebaliknya dia hanya ingin berkongsi tentang keceriaan anaknya sahaja.Memang benar kita sebagai Umat Islam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan itu.


A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Sumber : Instagram Aeril Zafril

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post