Selasa, 19 Desember 2017

Hubungan mesra antara pelakon Sharifah Sakinah dan aktor kacak, Aiman Hakim Ridza baru-baru ini mengundang pelbagai spekulasi liar. Ada yang mengatakan keintiman mereka berdua seakan lebih daripada rakan sekerja di set penggambaran sedangkan Sakinah sudah bergelar isteri orang.

Mungkin sudah bosan dengan segala tuduhan yang tidak berasas, Sakinah menerusi akaun Instagramnya menjelaskan hubungannya dengan Aiman hanya sekadar tuntutan watak bagi drama Rumah No 10 yang sedang dalam penggambaran.



Malah, suami Sakinah juga tidak kisah dengan perkara tersebut dan memahami kerjaya Sakinah sebagai pelakon. Sakinah juga meminta agar netizen tidak menjadi batu api.

Sebagai seorang isteri, kami yakin Sakinah tahu menjaga maruah beliau dan suami meskipun perwatakan beliau agak gila-gila dan selamba. Pedulikan sahaja kata-kata netizen.


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post