Setiap peniaga pasti mengalami pelbagai dugaan ketika berurusan dengan pelanggan mereka.
Isu membatalkan tempahan di saat terakhir adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Marah, memang marah tapi apa boleh buat? Hadapi sahajalah dengan tabah.
Semalam, Isaac Olswen meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang pelanggan yang memberi alasan tak masuk akal untuk membatalkan tempahan kek perkahwinannya.
"Tak jadi beli kek cakap je takpe. Abang tak marah pun, ni sampai menipu cakap bakal suami mati tak jadi kahwin," tulisnya.
Alamak, cik kak nak menipu pun beragaklah. Tak pasal-pasal kantoi temberang apabila menempah kek lain dengan kawan Isaac sendiri.
Isaac mengambil kesempatan itu untuk mengingatkan orang lain supaya tidak membatalkan tempahan di saat akhir pada masa akan datang.
Geram, memang geram dengan bakal pengantin terbabit! Tetapi, netizen turut terhibur dengan 'sesi luahan hati' Isaac itu.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon