Rabu, 06 Desember 2017


Azwan Ali ada sejuta idea untuk menjahanamkan Datuk Seri Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Besar Selangor dan abang kandungnya pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Selebriti yang penuh dengan kontroversi itu berkata, dia berdoa siang malam dan berhasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk merancang strategi melawan Azmin.

“Election (pilihanraya) tidak lama lagi, bukan nak habuan atau nak bodek, tapi janji saya saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor.” katanya dalam video yang tular di Youtube.


“Bukan hanya di Gombak atau Bukit Antarabangsa, saya sanggup turun padang, jual ikan atau apa sahaja, saya ada banyak program yang saya terfikir.”

Dia juga bersedia untuk turun ke Sabah dan Sarawak selain jelajah dalam negara tanpa apa-apa bayaran yang diperlukan jika mahu mendedahkan perihal buruk tentang abangnya itu.

Mungkin Azwan Ali agak 'gila' dalam video ini tapi siapa tahu jika sejuta ideanya benar-benar berjaya? Jaga-jaga!

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post