Membeli rumah adalah perkara paling terbesar dalam hidup setiap individu. Banyak duit akan dilaburkan untuk mendapat rumah idaman.
Bagi Ros Syakimah dan suaminya hasrat berpindah ke rumah baru dengan dapur yang lengkap terbantut setelah kontraktor yang diupah untuk membina menghilangkan diri.
Tambah mengecewakan mereka kerugian RM7,000 akibat tindakan kontraktor tersebut. Hasil carian pasangan tersebut, syarikat kontraktor itu dikatakan telah menipu ramai pelanggan sejak 2010.
Kontraktor tersebut tidak serik dan kembali menipu pelanggan dengan modus operandi kini telah menyasarkan penduduk di Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) Putrajaya.
Tujuan post ini dibuat bukan untuk buka aib sesiapa tapi sebab aku rasa perlu untuk dijadikan pengajaran pada aku sendiri supaya jangan mudah percaya orang dan mengelakkan orang lain diperbodohkan.
Aku dengan rendah hati nak minta korang semua bantu aku dan kawan-kawan PPA1M PUTRAJAYA SELASIH, PALMA & LARAI yang dah kena kencing dengan laki bini ni untuk viralkan masalah kami ni supaya boleh mengurangkan potensi orang lain terkena dengan permainan mereka berdua.
Mereka melakukan aktiviti penipuan bukan sehari dua tapi bertahun-tahun dan hanya sekali je pernah dalam tahanan polis dengan ikat jamin. Jadi rasanya mereka memang tak kisah dengan jadikan tugas memperdaya orang sebagai kerja hakiki mencari rezeki.
Aku kenal mereka melalui perkongsian seorang rakan di dalam group whatsapp komuniti PPA1M SELASIH. Tawaran menyediakan kabinet dapur dengan harga yang mampu milik memang mudah menarik perhatian orang-orang yang dah banyak berhabis duit masuk ke rumah baru.
Sebelum aku setuju nak berurusniaga dengan diaorg berdua, aku sempatla la google nama syarikat ni nak pastikan syarikat ni bersih takde masalah. Alhamdulilah masa tu FB syarikat ni masih aktif. Mereka berdua merupakan sepasang suami isteri yang menjalankan kerja pengubahsuaian di bawah syarikat Home ID Builders Industries (002424241-A).
Mereka pun siap tunjuk kerja-kerja yang dibuat di PPA1M LARAI. Boleh tahan ramai juga yang ambil dengan syarikat diaorg jadi aku bersetuju dengan quotation RM13000 – Kabinet dapur 3G glass dan 2 buah wardrobe bersaiz 8kaki & 7 kaki.
Bayaran pertama aku adalah pada 28 Ogos 2017 dan sehingga hari ini aku dah bayar RM9000 namun yang disiapkan hanyalah tabletop sahaja. Aku bayar mengikut peringkat dan aku dah bayar sampai peringkat startworks & production konon-konon aku punya kabinet dah masuk kilang untuk disiapkan. Tapi, nak siapkan sebiji tabletop tu pun jenuh aku kena telefon setiap hari. Tabletop belum mula kerja dia dah minta bayaran penuh.
Masa tu la aku dah mula rasa tak sedap hati dan aku google nama penuh dia IDALINA HARYANI BINTI ABU JAMAL. Terkejut dengan apa yang aku jumpa. Semakan yang dilakukan menunjukkan syarikat ini tidak wujud di SSM.
Modus operandi mereka adalah menipu dengan mengambil bayaran dalam jumlah yang banyak dengan alasan untuk mempercepatkan proses tempahan seterusnya akan meninggalkan kerja-kerja terbengkalai. Melalui pengumpulan maklumat melalui google, aduan di balai polis, semakan di tribunal dan bukti-bukti dari mangsa terdahulu mereka telah melakukan kerja penganiayaan ini sejak dari tahun 2010.
Sebelum ini mereka pernah menggunakan nama syarikat Wood Dimension Design Industries (2010) dan Kreatif Reka Interior (SA0218898 X) (2014). Jadi sekarang ni bagi kes aku, hanya tabletop sahaja yang siap.
Dia ada hantar rak kosong untuk wardrobe saiz 6kaki dan 2 buah rak dinding. Katanya tersalah hantar orang lain punya dan janji nak ambil balik. Benda tu pun dah menyemak kat rumah aku.
Idalina Haryani pun dah mula menghilangkan diri dan menyekat panggilan masuk. Munir Adini hanya akan mengangkat telefon sesekali dan hanya menabur janji palsu untuk menyelesaikan kerja penguhbahsuaian yang terbengkalai. Aku minta dia bayar balik duit aku sebab aku dah letih mental dan emosi.
Tapi penipuan dia masih berpanjangan sehingga hari ni satu sen pun dia tak bayar. Bukan aku seorang sahaja yang kena tipu sampai beberapa kali terpaksa menunda perpindahan tapi ramai mangsa PPA1M lain yang mengalami kerugian apabila terpaksa menunda perpindahan dan kerja-kerja terbengkalai dirumah. Lebih 15 biji rumah yang terbengkalai dan wang yang dilarikan bukan jumlah yang kecil.
Pada aku dengan taraf penduduk tetap yang disandang oleh Munir Adini bin sholeh, kerajaan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara perlu pertimbangkan dia agar dia tidak diserap menjadi warganegara Malaysia. Jenayah komersial yang dibuat dengan memperdayakan orang bertahun-tahun perlu diambil tindakan.
Kami menyeru anda semua untuk bantu kami viralkan penipu ini supaya tidak ada mangsa lain yang akan ditipu oleh mereka dan kami mendapat kembali wang kami yang dilarikan.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon