Senin, 11 Desember 2017


Memang tak dinafikan dalam keadaan sekarang ini duit mengalir seperti air. Namun bagi segelintir orang pula  akan cuba berjimat cermat dengan wang yang ada. 

Namun bagi gadis ini, RM100 yang diberikan kepadanya oleh emaknya mungkin tidak mencukupi. Akibat itu, dia memuat naik satu tweet dengan mengeluh duit belanja pada hari itu hanya RM100 sahaja. 

Dia kemudian mempersoal bagaimana mahu hidup dengan jumlah yang 'kecil' itu. "My mom gave me RM100 for today. How I nak survive nii?" tweetnya dengan emoticon menunjukkan mukanya sedih. 


Tweet tersebut bagaimanapun telah dipadam oleh gadis tersebut namun, ianya paparan tweet tersebut sempat di ambil menyebabkan netizen mengecam gadis tersebut di media sosial. 

Rata-rata netizen menganggap gadis tersebut tidak bersyukur sedangkan RM100 cukup untuk seminggu jika gadis itu berbelanja dengan penuh jimat cermat. 

Akibat teruk dikecam di Twitter gadis itu telah menutup akaun Twitter kepada umum malah Instagram gadis tersebut juga menjadi mangsa kecaman netizen. 

Mungkin tidak tahan dikecam, gadis itu kemudian menjelaskan isu tersebut kepada netizen. 



"Jangan main terjah dan mencarut. Kalau tak suka, tak perlu nak bash, nak menghina, dan mencarut. Tak dapat apa-apa manfaat, malah mendapat dosa. 

"Orang bersyukur and my statement suka hati orang nak buat apa. You have no right to control my life and I don't need your opinion. 

"Ada saya cakap saya tak bersyukur? Doesn't mean saya tweet tak letak Alhamdulillah terus 'Oh tak reti bersyukur'. Change your mind set first okay," tulis. 

Selain itu katanya, dia tidak dapat menerima tindakan netizen yang menegurnya secara terbuka sehingga menghina dan mengaibkan dirinya. Sedangkan netizen boleh saja menghubunginya secara tertutup (DM/PM) untuk menegur dengan beradab dan kena pada caranya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post