Kamis, 14 Desember 2017


Sebut saja Ratu Rock, secara automatik nama Ella terpacul di fikiran. Memang nama Ella sudah cukup sebati dalam kalangan peminat muzik rock tempatan. Boleh juga dilabel living legend Ella ni sebenarnya. Lagu-lagunya kekal relevan dan masih digemari sehingga kini.

Namun penampilan Ella ketika menjayakan sebuah konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat perhatian pereka fesyen meningkat naik, Hatta Dolmat. Malangnya, Hatta sebagai pereka fesyen tidak berapa berkenan dengan fesyen digayakan malam itu. Teruk ke?

Hatta meluahkan pendapatnya di Twitter mengenai salah satu pakaian digayakan pada malam Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas awal bulan ini. Hatta berpendapat penampilan sekarang tidak menunjukkan dirinya sebagai seorang bintang rock terkenal.

Tambah panas, Hatta mengatakan fesyen berkenaan seperti ular sawa membelit tubuh penyanyi itu. Berdasarkan kapsyen di Instagram Ella, dress hitam dengan ropol metalik melingkar di bahagian dada berkenaan adalah rekaan jenama tempatan, Mimpi Kita.

Kenyataan Hatta itu dipersetujui seorang peminat Ella yang berkongsi pendapat sama. Padanya, dia merindui imej Ella yand dulu iaitu t-shirt dengan stail rock. Penampilan kali ini dilihat terlalu sarat dan berat untuk dibawa Ella.





Salam Jumaat yg penuh berkat.Happy friday 🙏🏼 Rockqueen’s Journey #MPO #DFP 2017 I CANNOT MOVE ON … ELLA PLEASE MOVES ON.. . . Bunyi orkes DFP masih terngiang di telinga, susunan bunyi instrument dan lagu masih bermain di kotak fikiran. Satu pengalaman yang terlalu manis untuk dilupakan. Pengalaman paling baharu dalam koleksi sepanjang kembara diri Ella. Terima kasih Dewan Filharmonik PETRONAS. Terima kasih atas peranan besar konduktor, Saudara Ahmad Muriz Che Rose yang banyak membantu menyusun rangkaian muzik segar nan baharu. Pujian buat penulis2 irama asal yang kini ditambah kemas lagi. Your great creation touched our heart. Barisan penggubah melodi lagu . Leonard, Muriz, Robot, Jenny & Luqman. Barisan pemuzik pemuzik Orchestra Filharmonik Malaysia (MPO). I fall in love with all your sound. Soothing thus addictive craving for more . The fans , they just love it . Jenny Chin , Edrie Hashim , Ritzal Halim , Derick , Robot , Widy dan Eja . Bukan kecewa , cuma sedih berpisah setelah dua malam berganding dalam gembira . Moga Allah izinkan rock n roll lagi . . Ternyata 2017 merupakan tahun indah dan cukup bertuah . Segala puji bagiMu ya Allah. Maha kuasa dari Mu atas segala sesuatu . Boyfriend and husband Captain Azhar .. Mak , Umi dan Abah . Jojie dan Seluruh keluarga besar Ella . Kalian sumber kekuatan dan Inspirasi terbesar . Rakan rakan rapat Wartawan dan seluruh kenalan media. Perjalanan ini perjalanan kita , Ella hargainya . Terima kasih atas tulisan dan cetusan jatuh bangun ELLA. Ben Jawi Ventures. Many more great things to come inshallah. Seluruh barisan pengurusan, Ana, Azuan,Leeya, Nor Giyati. Terima kasih atas kerja keras , sokongan dan buah fikiran. Keluarga Universal Music Malaysia, terima kasih atas sokongan. Thanks for making it happened (PLR)! Let’s work the plan for 2018. Rakan rakan ,Penyokong dan Peminat seluruh nusantara yg tak dapat Ella nyatakan satu persatu. ELLA’S Gang, ELA USA, Demi Ella …. Kalian tak pernah mengecewakan. Bersatu teguh! Moga Allah pelihara silaturahim. 2017 hampir berlabuh. Moga banyak sinar cinta dan bahagia di 2018. Terlalu manis /Salam hormat. Rockqueen’s Journey, Peace.Love.Rindu ,
A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on
Sumber: Astro Awani , Ella Aminuddin.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post