Senin, 25 Desember 2017


Sayu hati si ibu bila mendengarkan kata dari seorang anak yang menyifatkan ibunya sebagai seorang adiwira dalam hidupnya.Itulah yang dirasakan oleh pengasas kosmetik terkenal,Joy Revfa yang berkongsi rasa hatinya tersentuh dengan pick up lines yang diberikan oleh anaknya,Arryan di Instagram.

"Arryan tak nak SuperHero lagi,ibu.."

"Kenapa?Nanti ibu belikan SuperHero Arryan.."

"Arryan tak nak..! kan ibu SuperHero Arryan.."

"Touching lak ibu dengar.. Pandai tak Arryan main Pickupline utk ibu..? nk suh bodek beli apa tah.. ni mesti maklong dier ajar ni..," tulis Joy menerusi ruangan kapsyen.

Malahan turut tersentuh hati kerana anak sekecil ini sudah mampu menilai kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya. 

Rata-rata pengikut Joy juga turut merasakan perkara yang sama dan meninggalkan komen-komen positif buat si cilik untuk sentiasa menjadi anak yang soleh buat ibunya.


Sumber : Instagram Joy Revfa.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post