Rabu, 13 Desember 2017


Bermula dengan pengumuman beliau adalah pesakit kanser Limfoma tahap 4 sehinggalah mengenai kontroversi berselisih faham dengan Dato Seri Vida, hari ini Elyana sekali lagi menjadi tumpuan apabila telah meluahkan isi hatinya yang bagi kami agak melampau!

Melalui Instagram nya, Elyana telah berkongsi rasa sedihnya apabila terdapat sesetengah pihak cuba menghina,mengambil kesempatan serta mendoakan sesuatu yang terhadap sakit yang dihidapi oleh Elyana.

“Terima kasih kerana menghina wanita ini.Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati.Terima kasih juga yang menggambil kesempatan.Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian.Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar.Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong. Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalAyak ramai.”

“Terima kasih semua.. Tak apa lah..mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.
Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa,tidak kuat..punya keinginan,punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit. Tapi ini takdir saya. Saya terima.
Kita semua akan mati.Bukan pesakit Kanser sahaja.Saya harap kita jaga amalan kita sendiri.Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan ,lebih baik diam.

Saya Elyana pesakit Kanser Stage 4🎗 #chemosewaktubulanpuasatahunini”


Dalam ruangan komen gambar tersebut juga, peminat-peminat Elyana turut mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berharap penyanyi ini akan terus kuat melawan kanser beliau. Bersabarlah Elyana..



Sumber : Instagram Elyana

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post