Rabu, 13 Desember 2017


Awal pagi tadi, rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan satu pembunuhan kejam yang berlaku sekitar 6 pagi tadi di Tanjung Sepat, Selangor. 

Mangsa yang terkorban adalah dua warga emas serta dua orang cucu mereka. Kesemua mangsa dipercayai telah ditetak dan ditikam secara kejam. Tidak cukup dengan itu, rumah mereka dibakar oleh perompak yang tak berhati perut. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor berkata, pihak forensik telah memeriksa mayat mangsa dan menemui kesan tikaman pada tubuh badan mangsa. 

"Kami percaya suami, isteri dan dua cucu mereka ditetak menggunakan objek tajam dan dibunuh beberapa orang suspek sebelum mereka membakar kesemua mangsa"

"Kami juga sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan mereka dirompak dan kemungkinan besar juga berpunca daripada dendam."

Penyiasat juga telah menjumpai bahan yang digunakan untuk mempercepatkan kebakaran di sekitar tangki minyak kenderaan keluarga itu. Kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk membakar mangsa yang berada di dalam rumah selepas dibunuh. 


Mayat ditemui dikenal pasti sebagai Lim Mai Shak, Chia  Tee Nang, Chu Yan Bin dan mangsa terakhir masih belum dapat dikenal pasti. 

Seorang kanak-kanak 12 tahun yang terselamat dalam pembunuhan itu dilihat muncul dan menceritakan apa yang telah berlaku di hadapan matanya. 

"Atuk, nenek dan dua adik saya mati dibunuh perompak. Kemudian mereka bakar rumah itu. Pencuri itu bunuh meeka dengan menggunakan pisau dan batang kayu" kata budak tersebut dengan terketar-ketar. 

Kanak-kanak itu terselamat kerana telah bersembunyi di bilik air dan berjaya menyelamatkan dirinya daripada terbunuh bersama ahli keluarga yang lain. 

Budak lelaki itu masih dalam keadaan trauma memberitahu ayah dan bapa saudaranya bernasib baik kerana mereka sedang bekerja pada waktu tersebut dan tiada di rumah. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semoga pencuri kejam ini dapat ditangkap secepat mungkin dan menadapat hukuman setimpal.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post