Sabtu, 16 Desember 2017

'Siapa netizen itu? Saya berharap mereka lebih baik diam' - Datuk Farid Kamil selar netizen pertikai anugerah DIMP yang diterimanya


Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari, 36, dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah,  yang membawa gelaran 'Datuk', mencetuskan pelbagai reaksi netizen awal pagi tadi sehingga kini. 

Bagaimanapun, Datuk Farid Kamil, tampil menyekar tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan penganugerahan yang diberik oleh Sultan Pahang kepada insan seperti dirinya. 

Farid berkata, kecaman itu berlaku kerana segelintir netizen berkenaan tidak mempunyai sebarang ilmu atau pembelajaran khusus mengenai adat-adat Kesultanan Melayu Pahang. 

"Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang. Saya berharap mereka (netizen) lebih baik diam," katanya memetik laporan dari Berita Harian Online



Selain Farid Kamil, turut menerima DIMP adalah pelakon kelahiran Singapura, Aaron Mustapha Aziz atau Aaron Aziz. 

Aaron Aziz menganggap pengurniaan darjah kebesaran itu memberinya semangat untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti kemasyarakatan. 

"Sebelum ini pun saya memang aktif dan selalu turun padang melakukan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara dan selepas ini akan lebih banyak aktiviti seumpama itu akan saya sertai. 

"Ini adalah penghargaan terbesar bagi saya dan pastinya tanggungjawab juga lebih berat walaupun ada yang mempersoalkan. Saya hanya baca komen netizen dan mampu tersenyum sahaja," katanya. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post