Penyanyi Elyana sungguh bertuah disayangi ramai yang bukan sahaja menyokong kariernya malahan dirinya sendiri juga.Kelab peminat Elyana akan menganjurkan majlis solat hajat dan doa selamat buat Elyana sebagai tanda sokongan buat penyanyi kesayangan mereka.
Terdahulu,Elyana mengejutkan ramai pihak apabila diumumkan dia menghadapi penyakit kanser Limfoma tahap empat sejurus selepas penyingkirannya di program Gegar Vanganza musim Keempat.
"Memang 'fan' semua terkejut dan menangis kerana tak sangka artis yang mereka sayang,nampak 'happy go lucky',rupa-rupanya sedang bertarung dengan penyakit kanser,"jelas Presiden Elyana Official Fan Club,Achu Debom.
"Mula-mula sekali kami rancang nak buat solat hajat mendoakan kesembuhannya.Kemudian kami nak buat program cuci kereta mengutip dana, maklumlahkan kos perubatan tinggi.
"Akhir sekali,Elyana sendiri merancang untuk bertemu dengan peskit-pesakit kanser yang lain bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka.Kami nak turut serta dalam program tersebut."katanya.
"Kami tak rasa terbeban pun malah kami rasa 'HAPPY' dapat membantu Elyana,"katanya.
Sumber : Sinar Harian.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK HERBAL RIMBA
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon