Setiap kali tiba bulan Disember sudah tentu musim cuti sekolah paling ditunggu-tunggu oleh banyak orang. Namun bagi tiga orang adik beradik ini kegembiraan musim cuti persekolahan bertukar menjadi tragedi apabila mereka kehilangan ibu bapa dalam kemalangan jalan raya.
Memetik laporan Berita Harian, tiga adik beradik tersebut Muhammad Daris Wafiy, 10 tahun, Muhammad Dari s Rayyan, 9 tahun dah Muhammad Daris Amsyar, 5 tahun menjadi yatim piatu dengan sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu maut dalam kemalangan.
Datuk kepada adik beradik tersebut, Nadzim,68, memberitahu mereka bertiga memang akan ditinggalkan di kampung pada musim cuti persekolahan. Wafiy turut menceritakan ibunya mengejutkan mereka dari tidur untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata 'mama balik dulu'."
"Mama pesan pada saya supaya jaga adik-adik" kata Wafiy.
Dia dan adiknya kembali tidur selepas bersalaman dengan ibunya dan itu kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu bapa mereka.
Sejam kemudian mereka diberitahu bahawa ibu bapa mereka telah pergi meninggalkan mereka bertiga untuk selamanya oleh nenek mereka.
"Masa opah kejut bagi tahu mama,papa dan adik sudah tiada, saya hanya diam tapi semua orang dalam rumah menangis"
Ibu bapa dan adik bongsu mereka telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir. Dan kini mereka tiga adik beradik tinggal bersama datuk dan nenek dan urusan persekolahan diuruskan oleh mereka.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon