Kamis, 07 Desember 2017


Sejak kebelakangan ini isu bermadu sering menjadi bualan netizen. Terutama jika ianya melibatkan selebriti atau artis tempatan. 

Ini sedikit sebanyak merisaukan para isteri kerana bimbang ada individu lain yang ingin menjadi suri hati suami mereka. 

Namun apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis oleh Rozita Che Wan atau Che Ta di laman Instagram miliknya. 



Kapsyen yang ditulis oleh Che Ta sangat mencuit hati dan 'sarcastic'. Che Ta yang kini berada di Kelantan sempat berpesan kepada suaminya, Zain Saidin untuk tidak berkunjung ke pusat karaoke dan menasihati suaminya itu agar tidak 'extend masjid.'

Rata-rata netizen menyangka pesanan dari Che Ta itu ditujukan kepada selebriti yang baru-baru ini terpalit isu rumah tangga dengan suami orang.


Malah ada juga netizen mengusik pelakon jelita dengan 'punchline' yang diberikan Fazura buat Fattah Amin. 

Namun, Che Ta juga sendiri tidak menyatakan mana-mana individu di dalam kapsyen tersebut. Ianya mungkin hanya usikan manja.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post