Kamis, 07 Desember 2017

Setiap tahun, perkahwinan di kalangan selebriti menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air.

Tahun 2017 adalah tahun di mana ramai selebriti sudah menamatkan zaman bujang mereka dan mendirikan rumah tangga.

Antara perkahwinan selebriti popular yang menjadi tumpuan sepanjang tahun 2017 ini ialah Mia Ahmad, Sari Yanti dan Jep Sepahtu, Ummi Nazeera, Laudya Cynthia Bella, Fazura dan Fattah, serta Mawar Rashid dan Raff Yaakob.

Kali ini kami ingin senaraikan 10 selebriti wanita yang paling dinanti hari perkahwinan mereka oleh para peminat.

1. NEELOFA

Tahun ini nama Neelofa terpalit dengan kontroversi percintaan bersama Fattah Amin. Namun ianya hanya khabar angin semata-mata selepas Fattah menamatkan zaman bujang dengan Fazura. Pasti ramai yang tidak sabar nak lihat Neelofa di atas pelamin dan siapa jejaka bertuah tersebut.

2. EMMA MAEMBONG

Sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak, namun hubungan mereka terputus ditengah jalan. Selepas itu, Emma menjalin cinta dengan pelakon Kamal Adli sebelum berantakan bulan lalu disebabkan salah faham. Namun, baru-baru ini, sumber mendakwa pasangan tersebut dikatakan kembali bersama.

3.UQASHA SENROSE

Nama Uqasha tidak pernah lekang dengan kontroversi. Ada saja kontroversi melibatkan gadis cantik ini. Sumber mendakwa Uqasha bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan hatinya iaitu pelakon dan host Hefny Sahad. Tak sabar nak tengok Uqasha naik pelamin.

4. NELYDIA SENROSE

Selepas hubungan cinta bersama pelakon dan host Qi Razali terputus di tengah jalan, tiada lagi kisah cinta Nelydia. Orangnya cantik dan lembah lembut, pasti ramai lelaki yang terpikat. Siapa la jejaka bertuah itu nanti?

5. ZAHIRAH MACWILSON

Pelakon kacukan ini menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak Zul Ariffin. Namun, baru-baru ini tidak dapat disahkan kisah cinta mereka selepas terjadi salah faham antara Zahirah, Kamal Adli dan Emma Maembong. Diharap pasangan ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

6. FARA FAUZANA

Pengacara dan bekas penyampai radio popular ini pernah mengejutkan peminat apabila membatalkan perkahwinannya selepas sumber mengatakan lelaki tersebut merupakan suami orang. Apa yang pasti, ramai yang menantikan Fara untuk bertemu seorang lelaki yang baik dan mendirikan rumah tangga.

7. INTAN LADYANA
Intan sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2014. Berikutan itu, Intan Ladyana membuat keputusan untuk tidak lagi bercerita tentang peribadi dan hubungan percintaannya dengan mana-mana lelaki.

8. AYDA JEBAT


Akibat sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Redza Rosli, pelakon Ayda Jebat akhirnya mengakui tidak menolak andai jodohnya adalah bersama aktor berkenaan. Di harap hubungan pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.

9. FATIYA LATIFF

Sejak kebelakangan ini nama Fatiya Latiff terpalit dengan kontroversi hangat. Sejak berpisah dengan pelakon Aiman Hakim, tiada lagi kisah cinta Fatiya Latiff. Apa yang pasti, perkahwinan Fatiya Latiff antara yang dinanti oleh peminat.

10. Mira Filzah

Sebelum ini Mira Filzah pernah digosipkan dengan pelawak iaitu Zizan Razak.Baru-baru ini ternyata kontroversi mengatakan mereka rujuk semula.

11. Farah Nabila

Pelakon yang sekarang makin popular ini telah tercetusnya kontroversi yang mengatakan ada hubungan dengan pelakon lelaki popular tersebut,Zul Ariffin.Rata-rata peminatnya tidak sabar untuk menanti perkahwinannya dengan jejaka pilihannya . Siapakah??

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post