Kamis, 07 Desember 2017


Parodi atau cover seringkali digunakan pengguna media sosial untuk meniru artis kesayangan mereka. Namun, jarang sekali untuk mendapat respon dari artis asal malah kadang kala mereka sendiri tidak tahu akan kewujudan video tersebut. 

Namun bagi seorang pengguna Twitter dari Singapura dikenali sebagai Irni Irdina pasti tidak menyangka video cover nyanyian telah menjadi viral di media sosial. 

Video tersebut menunjukkan Irni sedang menyanyikan lagu popular dari David Archuleta berjudul Crush. Apa yang lebih mengejutkan ialah video tersebut mendapat hampir 150,000 RT oleh pengguna Twitter. 



Rata-rata mengatakan video tersebut sangat lucu kerana  kesungguhan Irni untuk miming lagu tersebut di hadapan cemin. 

Gadis ini kemudian mendapat kejutan yang bermakna apabila videonya itu mendapat respon daripada penyanyi  asal malah David sendiri turut memuat naik video parodi yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Irni.





Apa yang melucukan ialah David berkata video Irni lebih baik darinya sehingga dia meminta Irni untuk menunjukkan caranya. 

Sudah pasti Irni tak dapat tidur malam kerana mendapat respon dari artis kesayangannya itu. Memang beruntung sungguh apa yang berlaku pada Irni.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post