Sabtu, 09 Desember 2017


Nama Fathia Latiff sejak kebelakangan ini sering disebut oleh netizen. Ini gara-gara kerana terlalu berani bersuara di media sosial berkaitan hak rakyat serta politik. 

Ketika Perhimpunan Agung Umno 2017 nama Fathia Latiff juga disebut oleh salah seorang puteri Umno yang juga seorang pelakon Dira Abu Zahar yang mencetuskan 'perang mulut' antara mereka berdua. 

Terbaru, Fathia telah memuat naik satu status dimana dia telah menerima satu ugutan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. 



Menerusi akaun Twitternya, Fathia memberitahu dia sangat trauma dengan apa yang terjadi dan bimbang akan keselamatan dirinya sehingga dia merasakan perlu mengupah seorang pengawal peribadi. 

Tambahnya lagi, lelaki tersebut telah menyerang dan membuat provokasi dan mengugut untuk menembaknya. Menurut Fathia, dia mengenali lelaki tersebut namun enggan mendedahkan identiti individu terbabit yang bertindak seperti samseng itu. 

Fathia turut berkata jika dia membuat laporan polis mungkin tidak memberi kesan apa-apa kerana proses yang diambil terlalu lambat.

 

Apapun, semoga Fathia lebih berhati-hati ketika meluahkan pendapat kerana dikhuatiri mungkin ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post