Selasa, 05 Desember 2017


“Sebahagian besar ahli keluarga berasa pening sebaik terjaga daripada tidur dan terkejut melihat semua kunci kenderaan hilang dengan pintu utama terbuka manakala sebelah daripada selipar milik suspek ditinggalkan dalam keadaan terbalik.”

Itulah yang dikatakan oleh Mohamad Faiezi Md Yusof @Abdullah, 25 selepas kenderaan MPV Toyota Vellfire dan Proton Saga serta motosikal Honda RS150 milik keluarganya dilarikan oleh penjenayah.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Taman Klang Perdana, Kapar itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM200,000. 

Dipercayai kejadian berlaku pada awal pagi ketika keluarga berkenaan tidur dan lebih empat suspek memotong kunci mangga pintu utama dan jeriji pintu utama untuk masuk ke dalam rumah. 

Faiezi berkata, kakak iparnya berasa pelik kerana pintu utama terbuka selepas menyedarinya jam 9 pagi. 

“Kakak kemudian bertanya kepada abang saya sama ada menghantar dua kenderaan berkenaan untuk dibasuh, namun dia (abang) menafikannya.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila melihat kesan potong pada kunci mangga. Selain itu, semua kunci termasuk Proton Saga dan dua motosikal lain yang diletakkan pada alat penyangkut turut hilang,” katanya.

Menurutnya, pada malam kejadian, terdapat sembilan ahli keluarga berada di rumah teres dua tingkat itu termasuk dia yang tidur di tingkat bawah.

“Saya yang tidur jam 11.30 malam (kelmarin) sememangnya tidak mendengar apa-apa bunyi, tetapi berasa pening apabila bangun keesokkan harinya.

“Jiran yang pulang memancing ada memberitahu semua kenderaan, masing-masing berada di pekarangan rumah dan luar rumah masih ada jam 1 pagi (semalam),” katanya yang menetap di rumah abangnya itu sejak 13 tahun lalu.


FACEBOOK HERBAL RIMBA

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post